Ibrahimovic tetap dianggap wira Sweden

Ibrahimovic tetap dianggap wira Sweden

PARIS, 14 Jun (AP) – Meskipun Zlatan Ibrahimovic tidak menjaringkan gol pada perlawanan seri 1-1 di antara Sweden dan Republik Ireland, namun bintang bola sepak yang menggelar dirinya sebagai legenda itu sekali lagi menyelamatkan maruah Sweden.

Pemain berusia 34 tahun itu membantu pasukan untuk mengikat Republik Ireland 1-1 dalam perlawanan yang dikuasai penuh oleh lawan.

Sweden ketinggalan sehingga minit ke-71 namun serangan yang dijana Ibrahimovic memaksa pertahanan Republik Ireland Ciaran Clark menanduk masuk gol ke gawang sendiri.

Meskipun persembahan kapten itu jauh ketinggalan dalam aksi terbaiknya di arena terbesar Euro 2016, rakan sepasukannya tetap mengerumuninya bagi meraikan jaringan berkenaan.

“Saya melakukan hantaran dan dia menanduk masuk gol itu,” kata Ibrahimovic yang menjawab dengan bersahaja ketika diajukan soalan berkaitan Clark sekiranya ia adalah satu magis Ibra sendiri.

Aksi Zlatan Ibrahimovic dalam perlawanan tersebut. – AFP
Aksi Zlatan Ibrahimovic dalam perlawanan tersebut. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Itu kamu perlu bertanya kepadanya.” Ibrahimovic yang sedang mengintai rekod untuk muncul sebagai pemain pertama yang menjaringkan gol dalam empat Kejohanan Eropah berbeza itu bagaimanapun menemui kesulitan peluang di kedua-dua babak perlawanan.

“Kami memaksanya berada sejauh mungkin daripada gawang gol dan ia ternyata berkesan sebagai satu ancaman,” kata jurulatih Ireland, Martin O’Neill.

Ireland mendahului perlawanan Kumpulan E itu pada minit ke-48 menerusi Wes Hoolahan sebelum keputusan diikat jaringan sendiri Clark.

“Kredit buat Ireland, mereka sangat menonjol,” kata jurulatih Sweden Erik Hamren. “Kami tidak mencapai tahap yang saya inginkan.”

ARTIKEL YANG SAMA