Ibrahimovic tidak tinggalkan PSG

Ibrahimovic tidak tinggalkan PSG

DOHA, 31 Dis (AFP) – Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Zlatan Ibrahimovic menegaskan tidak mempunyai niat untuk meninggalkan juara Perancis itu walaupun kontraknya akan berakhir penghujung musim ini.

Pemain berusia 34 tahun itu yang beraksi ketika PSG meraih kemenangan 1-0 pada perlawanan persahabatan dengan bekas kelabnya, Inter Milan di Doha, malam tadi, kerap dikaitkan dengan perpindahan ke Major League Soccer (MLS) di Amerika Syarikat dan Liga Perdana Inggeris.

Namun Ibrahimovic berkata, ‘tiada apa-apa di atas meja’ mengenai tawaran masa depannya dan dia gembira berada di ibu negara Perancis itu dengan pencapaian hebat PSG, selain berusaha memenangi gelaran Ligue 1 buat kali keempat.

“Saya mempunyai hubungan yang baik dengan PSG. Saya tidak mempunyai niat untuk meninggalkan pasukan,” kata pemain antarabangsa Sweden itu ketika ditanya mengenai rancangan masa depannya.

Zlatan Ibrahimovic menegaskan bahawa dia tidak akan meninggalkan kelab PSG. - Reuters
Zlatan Ibrahimovic menegaskan bahawa dia tidak akan meninggalkan kelab PSG. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA