IBTE adakan bengkel QMET

IBTE adakan bengkel QMET

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 11 Jun – Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) baru sahaja selesai mengadakan bengkel ‘Pengenalan Kepada Akademik Sistem Jaminan Kualiti’, yang berlangsung empat hari bermula 8 Jun hingga hari ini.

Sesi pertama bengkel tersebut telah diadakan di Maktab Teknik Jefri Bolkiah, Belait dan sesi kedua diadakan di IBTE.

Dua orang pegawai terhormat dari Akademi Maritim Singapura, Politeknik Singapura, Kapten Anil Kumar Varma dan Kapten Mohd Salleh A Sarwan dijemput selaku fasilitator bengkel berkenaan.

Antara lain objektif bengkel adalah bagi memastikan setiap peserta memahami struktur dan kandungan Akademik Sistem Jaminan Kualiti dalam Kualiti rangka kerja latihan (QMET) dan Pendidikan Maritim.

Salah seorang peserta bengkel menerima sijil.
Salah seorang peserta bengkel menerima sijil.