IBTE anjur Hari Terbuka hari ini

IBTE anjur Hari Terbuka hari ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) sekali lagi akan mengadakan Hari Terbuka bagi mempromosi kursus-kursus yang ditawarkan untuk kemasukan bulan Julai 2016 yang akan diadakan serentak di beberapa buah kampus IBTE di Daerah Brunei-Muara pada 27 dan 28 Februari.

Hari Terbuka yang bermula dari jam 8:30 pagi sehingga 5 petang itu juga akan diadakan di dua buah kampus IBTE di Daerah Belait pada 5 dan 6 Mac nanti.

Menurut kenyataan IBTE, Hari Terbuka itu adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya para pemohon untuk mengetahui lebih lanjut lagi kursus-kursus yang akan dipohonkan.

Antara aktiviti yang akan diadakan oleh kampus-kampus IBTE termasuk taklimat serta lawatan ke jabatan-jabatan di kampus masing-masing bagi melihat dengan lebih dekat lagi suasana pengajaran di IBTE.

Bagi mendapatkan keterangan lebih lanjut, orang ramai bolehlah mengunjungi laman web IBTE di https://ibte.edu.bn atau melalui laman facebook di https://facebook.com/brunei.technical.education.

ARTIKEL YANG SAMA