IBTE JBC anjur Pesta Aktiviti Kokurikulum

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 6 Dis – Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Jefri Bolkiah (JBC) buat pertama kalinya telah mengadakan Pesta Aktiviti Kokurikulum bagi mengetengahkan kemajuan aktiviti setiap kelab sepanjang semester.

Acara seperti ini dijangka akan dijadikan aktiviti tahunan pada tahun hadapan semasa Majlis Orientasi IBTE JBC dan IBTE Kampus Sultan Bolkiah (SBC).

Pada acara yang diadakan di Dewan Serba Guna JBC dan bilik-bilik pendidikan lain kampus berkenaan, sebanyak 14 buah kelab telah menyertainya dan setiap kelab telah menunjukkan aktiviti masing-masing yang dibahagikan kepada tiga kategori antaranya menunjukkan kerja-kerja mereka, persembahan nyanyian, tarian dan permainan.

Pasukan Kelab Futsal mempamerkan aktiviti mereka semasa Pesta Aktiviti Kokurikulum yang diadakan di IBTE JBC Kuala Belait.
Kelab Gaming mengetengahkan beberapa aktiviti yang diaktifkan melalui aktiviti kokurikulum mereka.

Antara kelab-kelab yang terlibat pada aktiviti kokurikulum itu termasuklah kelab futsal, bola keranjang, bola jaring, badminton, frisbee, gaming, pertahanan diri, Brisk Walk, boling, catur, indoor games, Do It Yourself, Kelab Glee dan fotografi.

Pesta itu turut bertujuan untuk meningkatkan lagi semangat kalangan pelajar dan seterusnya untuk mengetengahkan aktiviti yang dilakukan serta memberikan peluang bertukar-tukar fikiran dan sebagainya.