IBTE serah su...

IBTE serah sumbangan kepada anak yatim

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Bersempena dengan bulan suci Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) melalui Projek Fastaqibul Khairat telah mengumpulkan sumbangan berupa makanan asasi untuk diserahkan kepada anak-anak yatim di bawah Kementerian Pendidikan.

Penyerahan sumbangan-sumbangan itu telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IBTE, Dr. Haji Mohd Zambri bin Haji Sabli kepada Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Haji Azis bin Haji Nayan di Ibu Pejabat Bahagian Pendidikan Kokurikulum, Kampung Perpindahan Lambak Kanan.

Sumbangan berkenaan telah dikumpulkan melalui ketujuh-tujuh kampus IBTE di seluruh negara iaitu IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal; IBTE Kampus Nakhoda Ragam; IBTE Kampus Perdagangan, IBTE Kampus Mekanikal; IBTE Kampus Agro Teknologi; IBTE Kampus Sultan Bolkiah dan IBTE Kampus Jefri Bolkiah.

Ia juga diadakan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat IBTE dengan sokongan dari Bahagian Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Unit-unit Beruniform dan Khidmat Komuniti.

Pihak Bahagian Pendidikan Kokurikulum juga menerima sumbangan-sumbangan dari beberapa jabatan di bawah Kementerian Pendidikan dan juga dari sekolah-sekolah dan orang awam.

Dr. Haji Mohd Zambri menyerahkan sumbangan berkenaan kepada Haji Azis (kiri).
Dr. Haji Mohd Zambri menyerahkan sumbangan berkenaan kepada Haji Azis (kiri).