IBTE SSR A juara bola jaring KIGS

IBTE SSR A juara bola jaring KIGS

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh KIGS

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jun – IBTE SSR A tampil juara dalam Kejohanan Bola jaringan anjuran Pelajar-pelajar Pentadbiran dan Perniagaan pengambilan 14/02 Kolej IGS yang berlangsung di DAR Takaful di ibu negara, baru-baru ini.

Antara aksi dalam salah satu perlawanan baru-baru ini.
Antara aksi dalam salah satu perlawanan baru-baru ini.

IBTE SSR A tampil juara meninggalkan pencabar terdekatnya iaitu Kolej Perniagaan Laksamana (LCB) yang terpaksa menerima kedudukan kedua sementara pasukan IBTE SSR Campus tampil di tempat ketiga mengatasi empat lagi penyertaan lain.

Antara yang turut menyertai terdiri daripada Pasukan Universiti Brunei Darussalam, Kolej IGS A, Kolej IGS B, IBTE A Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal, IBTE B Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam, Micronet dan LCB.

Hadir menyempurnakan hadiah kepada barisan pemenang ialah Pengetua Akademik Kolej IGS, Sony Jumpo yang turut menyampaikan hadiah khas kepada pemain terbaik, Nur Sakinah Nazirah Kamsol (Micronet) dan penjaring terbaik Siti Marhayati Ahmad (IBTE SSR A).

 

ARTIKEL YANG SAMA