IBTE tawar kursus pendek masakan

IBTE tawar kursus pendek masakan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Dis – Bahagian Pendidikan Lanjutan (BPL), Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) kini menawarkan kursus jangka pendek mengenai masakan kepada mereka yang berminat.

Kursus-kursus yang ditawarkan termasuk pembuatan Hand Bouqurt Chocolate (lanjutan) yang akan diadakan selama tiga jam dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi pada 11 Disember dan Homemade Chocolate Shoes (lanjutan) selama empat jam dari pukul 1 petang hingga 5 petang pada 13 Disember.

Bayaran penyertaan bagi kursus Hand

Bouqurt Chocolate adalah $30 bagi warga-negara dan $45 bagi bukan warganegara, manakala itu, bagi kursus Homemade Chocolate Shoes bayaran adalah $40 untuk warga-negara dan $60 bagi bukan warganegara.

Orang ramai yang berminat boleh mengambil borang dan membuat pembayaran semasa waktu bekerja sebelum tarikh kursus dijalankan di BPL, Simpang 347, Jalan Pasar Baru Gadong, IBTE, Kementerian Pendidikan. Bagi pertanyaan lebih lanjut mengenai kursus pendek masakan bolehlah menghubungi Dayang Rosinah binti Mohd Ariff di talian 2422493 sambungan 206.

ARTIKEL YANG SAMA