IBTE terima sumbangan buku

IBTE terima sumbangan buku

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Okt – Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal hari ini menerima sumbangan buku-buku teks Bahasa Jepun daripada Persatuan Persa-habatan Jepun Brunei (JBFA).

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengurus Besar Mitsubishi Corporation, Yuki Kaneda, kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IBTE (Akademik), Awang Habib Mohamad bin Haji Wan Junaidi yang juga Pemangku Pengetua IBTE Kampus MTSSR.

Majlis berlangsung di Bangunan Kampus IBTE, Jalan Muara.

Hadir sama pada majlis itu ialah Koordinator Projek Mitsubishi Corporation, Dayang Hajah Rohayati binti Haji Awang Damit.

Penyerahan buku-buku teks itu merupakan salah satu aktiviti amal tahunan JBFA kepada institusi pengajian tinggi di negara ini.

Yuki Kaneda (kiri) menyerahkan sumbangan buku teks kepada Awang Habib Mohamad.
Yuki Kaneda (kiri) menyerahkan sumbangan buku teks kepada Awang Habib Mohamad.

ARTIKEL YANG SAMA