Ibu anak damit dalam mesin basuh ditahan

Ibu anak damit dalam mesin basuh ditahan

YAN, Kedah, 29 Okt (Bernama) – Wanita berusia 38 tahun ditahan polis 12 tengah hari tadi susulan penemuan anak damit dalam mesin basuh milik penduduk di Kampung Ulu Dulang Kechil, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, wanita itu ditahan di kampung sama dan hasil soal siasat, wanita terbabit mengaku melahirkan anak damit perempuan seberat 2.86 kilogram itu di dalam bilik air di rumahnya tanpa pengetahuan sesiapa sebelum meletakkan anak damit itu di dalam mesin basuh.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan suspek akan direman untuk ujian DNA dan mengesan uri yang dibuangnya.

Bernama sebelum ini melaporkan kes penemuan anak damit perempuan yang baru berusia sehari di dalam mesin basuh di sebuah rumah oleh seorang lelaki warga emas, Zainol Hamid, 71 selepas terdengar tangisan anak damit berkenaan.

Anak damit yang ditemui dalam keadaan sempurna dan sihat itu dibawa ke Hospital Yan dengan menaiki ambulans sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

ARTIKEL YANG SAMA