Ibu bapa mangsa Taliban mohon ‘tindak balas’

Ibu bapa mangsa Taliban mohon ‘tindak balas’

PESHAWAR, Pakistan, 13 Dis (AFP) – Para ibu bapa di Peshawar inginkan balasan bukan saja kepada lelaki-lelaki bersenjata Taliban yang membunuh anak-anak mereka setahun lalu, tetapi juga kerajaan yang menurut mereka belum menjawab mimpi ngeri yang masih mereka alami.

Dalam pembunuhan beramai-ramai itu sembilan anggota pelampau memanjat tembok sekolah tentera di bandar barat utara Pakistan, melontar bom tangan dan melepaskan tembakan ke arah kanak-kanak dan guru-guru yang ketakutan, membunuh mereka seorang demi seorang sebelum dibunuh oleh perkhidmatan keselamatan.

Kebanyakan ibu dan ayah kepada lebih 130 orang kanak-kanak yang dibunuh dalam serangan 16 Disember adalah etnik Pashtun, kehidupan mereka disemaikan dengan kod etika kod suku kaum yang mana balas dendam adalah asas.

Mereka benar-benar berpuas hati mengetahui pihak tentera telah membalas dendam ke atas para pemberontak dengan penggantungan penangkapan, dan serangan di kawasan suku kaum yang mana militan-militan sebelumnya beroperasi dengan bebas daripada hukuman.

Tetapi ibu bapa yang sama mencerca sikap berdiam diri pihak berkuasa tentang bagaimana sistem keselamatan yang diadakan untuk melindungi mereka telah gagal sama sekali melindungi anak-anak mereka.

Gambar fail menunjukkan pelajar sekolah Pakistan mempersembahkan drama sebagai memperingati mangsa kekejaman Taliban yang menyerang sebuah sekolah di bandar Peshawar yang mengorbankan lebih 130 pelajar. – AFP
Gambar fail menunjukkan pelajar sekolah Pakistan mempersembahkan drama sebagai memperingati mangsa kekejaman Taliban yang menyerang sebuah sekolah di bandar Peshawar yang mengorbankan lebih 130 pelajar. – AFP

“Sekurang-kurangnya seseorang di beberapa peringkat bertanggung jawab. Kenapa mereka tidak membincangkannya?” tanya Abid Riza Bangash, yang anak lelakinya Rafiq yang berusia 15 tahun adalah antara yang dibunuh.

Serangan itu – yang mana 134 orang kanak-kanak dan 17 orang dewasa terbunuh, menurut tentera – mengejutkan dan menimbulkan kemarahan rakyat Pakistan, yang telah pun menerima kesan dari serangan-serangan hampir sedekad dan mengakibatkan tindakan ke atas faham pelampau dalam masyarakat awam.

Tetapi belum ada pegawai kerajaan, keselamatan dan pegawai tentera diberi tanggung jawab kepada laporan awam/

Bangash melepaskan pekerjaannya sebagai jurutera untuk menjadi ketua Shuhada (Forum Pejuang), sebuah kumpulan lobi ibu bapa para mangsa yang berhimpun pada 16jb setiap bulan di pusat kebudayaan bandar itu, Nishtar Hall.

“Kami mahu suruhanjaya penyiasatan pencari fakta yang diketuai oleh hakim kanan untuk menyiasat kejadian itu, penemuan suruhanjaya itu harus didedahkan kepada umum,” dia memberitahu AFP/

“Hati saya masih menangis,” ujarnya, dalam mengenang anak lelakinya yang pintar. “Saya tidak boleh melupakannya.”

Pada Ogos lalu, selepas perbicaraan tentera yang diadakan secara tertutup, pihak tentera mengumumkan enam orang militan yang berkaitan dengan serangan Peshawar akan dihukum mati, manakala militan ketujuh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.