Ibu bekas model peluk Islam

Ibu bekas model peluk Islam

KUALA LUMPUR, 12 Sept – “Kalau bukan hari ini, bila lagi saya akan peluk Islam,” kata Wong Lan Eng, 74, yang memeluk Islam pada majlis Qurban Perdana bersama mualaf di sini hari ini.Ibu kepada bekas pelakon dan model itu memeluk Islam sambil dibimbing anak lelakinya Muhamad Johan Haiqal Abdullah, 37, yang disaksikan Ustaz Kamarudin Abdullah.

Beliau yang menganut agama Buddha sebelum ini mendapat hidayah memeluk Islam apabila melihat tiga anaknya menjalani kehidupan sebagai Muslim yang taat pada agama.

“Walaupun anak-anak saya dan cucu beragama Islam, mereka tetap menghormati saya. Jadi itulah menjadi perkara utama saya memilih Islam,” katanya kepada Bernama. – Bernama