Ibu bunuh anak dipenjarakan 34 tahun

Ibu bunuh anak dipenjarakan 34 tahun

QUITO, 10 Jun (AFP) – Seorang wanita yang mencekik anak perempuannya berusia tiga tahun sehingga mati di Ecuador kerana mengetuk televisyen dijatuhi hukuman penjara sehingga 34 tahun dan enam bulan, menurut para pendakwa raya semalam.

Wanita itu hanya dikenali sebagai as Rosa L., mencekik anaknya itu sehingga mati selepas mangsa secara tidak sengaja mengetuk televisyen di rumah mereka di Chimborazo pada Mac, kata pendakwa raya. Beliau kemudian cuba

menyembunyikan mayat anak perempuannya itu dengan menanamnya.

Sebuah mahkamah di wilayah Chimborazo di Banjaran Andes mendapati wanita itu bersalah dan menjatuhi hukuman penjara lebih tiga dekad.

Wanita tersebut turut didapati tidak mempunyai sebarang masalah mental.