Ibu didakwa membahayakan nyawa anak di Pittsburg

Ibu didakwa membahayakan nyawa anak di Pittsburg

PITTSBURGH, 15 Nov – Seorang wanita didakwa membahayakan nyawa empat anaknya selepas polis berkata, mereka menemui kanak-kanak berkenaan bersendirian dalam sebuah pangsapuri tanpa katil dan makanan.

Rekod mahkamah menunjukkan Takoya Parker, 34, didakwa selepas anaknya ditemui Sabtu lalu, walaupun ia tidak jelas samaada dia dalam jagaan dan tiada peguam bela disenaraikan.

Polis berkata, pihaknya menemui kanak-kanak berkenaan berusia 10, enam, lima dan tiga tahun, selepas diminta memeriksa keadaan mereka. Katanya, pangsapuri itu dalam keadaan berselerak dan kanak-kanak itu berkata mereka tidak makan dan tiada nombor telefon untuk menghubungi ibu.

Apabila polis menghubungi Parker di tempat kerjanya, dia didakwa memberitahu pegawai supaya beredar dan “membawa anaknya pergi”. Polis dan pekerja kebajikan meletakkan kanak-kanak itu dalam jagaan seorang jiran. – AP

ARTIKEL YANG SAMA