Ibu dipercayai bunuh dua anak sendiri

Ibu dipercayai bunuh dua anak sendiri

KOTA SAMARAHAN, 20 Julai – Dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan empat tahun dipercayai dibunuh oleh ibu mereka di Kampung Baru di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Lee Chong Chern berkata ibu berkenaan yang berusia 37 tahun didapati menggantung diri di dalam tandas di rumah tersebut.

Beliau berkata pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai penemuan dua kanak-kanak tersebut dalam keadaan mencurigakan kira-kira 7:55 malam.

“Polis menjumpai dua kanak-kanak tersebut di bilik tidur dengan yang berusia tujuh tahun sudah meninggal dunia, manakala yang berusia empat tahun ditemui dalam keadaan kritikal.

“Dia dibawa ke Hospital Jantung, Kota Samarahan sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi pagi ini.

Lee berkata di dalam bilik tidur itu turut ditemukan sejenis cecair peluntur yang disyaki diberikan kepada kanak-kanak berkenaan. Beliau berkata setakat ini kes tersebut disiasat sebagai mati mengejut. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA