Ibu disoal siasat atas kematian empat anaknya

Ibu disoal siasat atas kematian empat anaknya

TOKYO, 22 Ogos – Seorang ibu di Jepun sedang disiasat kerana membunuh selepas empat orang anaknya, termasuklah budak perempuan berusia tiga tahun, ditemui mati di rumah, lapor media Jepun dan polis hari ini.

Media tempatan melaporkan mangsa kecil itu dibunuh oleh ibu mereka sebelum ibu mereka cuba membunuh diri.

Budak lelaki berusia 10 tahun, dua orang budak perempuan berusia enam tahun dan seorang budak perempuan berusia tiga tahun ditemui mati awal hari ini, menurut polis di wilayah selatan Jepun, Fukuoka.

“Ayah mereka menemui anak-anaknya tidak lagi bernyawa dan telah membuat laporan kepada pihak polis,” jurucakap polis memberitahu AFP, tanpa memberikan laporan selanjutnya.

Polis sedang menyoal siasat ibu kanak-kanak itu yang berusia 41 tahun sebagai suspek dalam kemungkinan cubaan membunuh diri, menurut Jiji Press dan penyiar awam NHK. Ibu berkenaan membuat pengakuan kepada pihak polis bahawa dia telah membunuh anak-anaknya itu, menurut TV Asahi.

Pihak polis dilaporkan memberitahu media bahawa salah seorang dari kanak-kanak itu mempunyai kesan dicekik.

Ibu itu telah dihantar ke hospital kerana mengalami pendarahan pada pergelangan tangannya, lapor akhbar harian Asahi Shimbun. Dia memberitahu polis dia telah mengelar dirinya sendiri dengan menggunakan pisau dapur namun hanya mengalami kecederaan ringan.

Kes-kes bunuh diri lumrah di Jepun dan lazimnya melibatkan ibu membunuh anak atau anak-anaknya.

Sesetengah kejadian bunuh diri ibu bapa-anak telah disebabkan kemiskinan. Pada tahun 2014 seorang ibu tunggal di wilayah Chiba telah membunuh anak remaja perempuannya dan cuba membunuh dirinya sendiri kerana dia tidak lagi mampu membayar sewa. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA