Ibu lahir anak di dalam lif hospital

Ibu lahir anak di dalam lif hospital

KUCHING, 7 Okt – Seorang ibu melahirkan anak ketika terperangkap di dalam lif di Hospital Umum Sarawak kira-kira 4:27 pagi tadi. Si ibu tersebut dan anak damit1 lelakinya dibawa keluar oleh anggota bomba yang menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu.

Pembantu Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Bolhan berkata kejadian berlaku di tingkat empat hospital. Wanita berkenaan Zuraidah Naskim dan anaknya dilapor dalam keadaan sihat. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA