Ibu Mentua Yang Dipertua Negeri Sabah meninggal dunia

Ibu Mentua Yang Dipertua Negeri Sabah meninggal dunia

KOTA KINABALU, 26 Feb (Bernama) – Puan Sri Samsiah Awang Puteh, ibu mentua Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahirudin, meninggal dunia akibat sakit jantung di Hospital Queen Elizabeth 2 Kota Kinabalu, pukul 12:06 tengah hari ini.

Jenazah Allahyarham Samsiah, 79, ibu Toh Puan Norlidah Datuk R.M Jasni, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Kuala, Papar dekat sini selepas solat Asar.

Upacara pengebumian itu turut dihadiri Juhar dan Norlidah serta anggota keluarga terdekat yang lain.