Ibu pejabat kerajaan dibakar kerana perjanjian

Ibu pejabat kerajaan dibakar kerana perjanjian

PRISTINA, 10 Jan (Reuters) – Para penunjuk perasaan di Kosovo bertempur dengan pihak polis dan membakar ibu pejabat kerajaan semalam ketika kemarahan menggelegak di negara muda Balkan itu ekoran perjanjian dengan bekas pemerintah, Serbia.

Ibu pejabat kerajaan di ibu negara, Pristina, terbakar sekejap apabila ia dihujani bom petrol.

Para anggota bomba segera memadamkan api dan polis menggunakan gas pemedih mata untuk mengundurkan beberapa ribu penunjuk perasaan pembangkang.

Mereka membantah perjanjian yang mana Kesatuan Eropah menjadi perantaraan untuk memberikan kuasa kepada minoriti Serb kuasa kerajaan tempatan lebih besar da kemungkinan pembiayaan dari Belgrade.

ARTIKEL YANG SAMA