Ibu Pejabat KHEDN adakan Majlis Khatam Al-Quran

Ibu Pejabat KHEDN adakan Majlis Khatam Al-Quran

Oleh Syahmi Hassan
Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Julai – Sebagai mengakhiri siri tadarus 30 juz Al-Quran dalam bulan Ramadan bagi pegawai dan kakitangannya, Ibu Pejabat Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) telah mengadakan majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di Surau Tingkat 2, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Turut hadir ialah timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, para pegawai dan kakitangan ibu pejabat KHEDN.

Acara telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diteruskan dengan bacaan khatam Al-Quran dan Tahtim serta Tahlil yang dipimpin oleh Penolong Pentadbir kementerian berkenaan, Haji Zulkifli bin Haji Kula, disusuli dengan bacaan Doa Khatam dan Doa Tahlil.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menyampaikan sumbangan derma selepas majlis khatam Al-Quran di Surau Tingkat 2, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, kelmarin.

Tetamu kehormat menyampaikan sumbangan derma kepada seorang penerima.
Tetamu kehormat menyampaikan sumbangan derma kepada seorang penerima.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar yang hadir selaku tetamu kehormat.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar yang hadir selaku tetamu kehormat.

Majlis turut menyaksikan Yang Berhormat Pehin menyempurnakan penyampaian sumbangan derma kepada lima orang anak yatim, lima orang anak berke-perluan khas yang terdiri daripada anak-anak warga Ibu Pejabat KHEDN, dan enam orang ibu tunggal dalam kalangan kakita-ngan kementerian berkenaan.

Antara lain tujuan acara keagamaan ini diadakan adalah bagi menyemarakkan lagi kebesaran bulan Ramadan, dan diharap akan dapat meningkatkan amalan hidup beragama dengan sentiasa berdamping dengan Al-Quran serta sebagai landasan memperbaiki mutu kerja melalui penghayatan kepada ajaran-ajaran suci Al-Quran.

ARTIKEL YANG SAMA