Ibu pejabat polis Dallas kena serang

Ibu pejabat polis Dallas kena serang

WASHINGTON, 14 Jun (AFP) – Seorang atau lebih lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah ibu pejabat polis Dallas dari dalam kenderaan berperisai awal semalam dan meninggalkan bom paip di bangunan tersebut, mencetuskan keadaan tegang di sekitar kenderaan yang mengandungi sekurang-kurangnya seorang suspek.

Sejurus menjelang tengah malam, sebuah van, yang disifatkan oleh para saksi sebagai kenderaan berperisai, merempuh barisan skuad kereta polis di ibu pejabat sambil melepaskan tembakan, Ketua polis Dallas David Brown memberitahu sidang media.

Pengejaran berakhir sehingga ke bahagian sub-bandar berhampiran di selatan bandar itu di mana anggota polis mengepung kenderaan yang mengandungi sekurang-kurangnya seorang suspek, kata Brown, sambil menambah sehingga empat individu dipercayai terbabit dalam serangan berkenaan.

Beliau berkata bom paip ditemui di dalam salah satu dari empat beg yang “berselerak di bahagian depan dan sisi ibu pejabat polis.”

Anggota polis peronda membuat kawalan di bahagian depan ibu pejabat polis Dallas yang diserang oleh seorang atau empat orang suspek dengan menggunakan kereta berperisai. – AFP
Anggota polis peronda membuat kawalan di bahagian depan ibu pejabat polis Dallas yang diserang oleh seorang atau empat orang suspek dengan menggunakan kereta berperisai. – AFP

Melalui akaun Twitter, jabatan polis berkata salah sebuah beg “meletup dengan sendiri” tatkala robot pemusnah bom cuba mengalihkannya, dan sebuah peranti lain turut ditemui di bawah kenderaan polis dan diletupkan.

Tiada sebarang anggota polis yang cedera dalam insiden berkenaan, tambah Brown. Sebelum penembakan bermula, para suspek meletakkan kenderaan mereka di luar ibu pejabat polis, kata Brown.