Ibu pejabat Suzuki digeledah

Ibu pejabat Suzuki digeledah

TOKYO, 3 Jun – Kementerian pengangkutan Jepun menggeledah ibu pejabat pengeluar kereta kecil Suzuki pada hari ini ekoran pengakuan mengejutkan bahawa ia menggunakan kaedah menguji minyak yang tidak betul bertahun-tahun lamanya, menjejas berjuta-juta kereta.

Pegawai mengunjungi pangkalan syarikat di bandar Hamamatsu, kira-kira 250 kilometer dari barat daya Tokyo, berkata mereka sedang mencari dokumen-dokumen yang dikaitkan dengan ujian pengeluaran dan ujian penjimatan minyak.

“Kami sedang menggeledah ibu pejabat Suzuki untuk mengesahkan maklumat mengatakan syarikat membekal” kepada kementerian, beritahu seorang pegawai yang bertanggungjawab ke atas keselamatan kereta kepada AFP.

Agensi juga menggeledah pejabat pesaing Mitsubishi Motors selepas pendedahan mengejutkan pada April bahawa ia telah menipu ujian menjimatkan minyak berdekad lamanya. Suzuki, yang bertahun-tahun lamanya dipimpin oleh pengerusi berusia 86 tahun Osamu Suzuki – keturunan keluarga pengasas syarikat – telah mengaku menggunakan kaedah ujian yang tidak diluluskan oleh pengawal Jepun.

Pegawai-pegawai dari Kementerian Pengangkutan Jepun menggeledah ibu pejabat Suzuki Motor di Hamamatsu, wilayah Shizuoka kelmarin. - AFP
Pegawai-pegawai dari Kementerian Pengangkutan Jepun menggeledah ibu pejabat Suzuki Motor di Hamamatsu, wilayah Shizuoka kelmarin. – AFP

Namun ia berkali-kali menegaskan ia tidak berniat untuk menipu pemandu. Syarikat itu berkata dalam satu kenyataan bahawa ia akan “bekerjasama sepenuhnya” dengan kementerian pengangkutan, namun enggan meramalkan mengenai jenis penalti kewangan yang mungkin dihadapinya.

Sebaliknya, syarikat itu mendakwa pada minggu ini masalah yang dihadapi adalah dikaitkan dengan pengurangan sumber yang diperuntukkan untuk ujian ekoran kemuflisan Lehman Brothers, yang mencetuskan krisis kewangan dunia.

Saham Suzuki yang disenarai di Tokyo merosot 0.92 peratus kepada 2,829.5 yen pada waktu rehat tengah hari pada hari ini berdasarkan laporan penggeledahan. Syarikat telah mengesahkan bahawa 26 model kenderaan terbabit, kira-kira separuh yang dikeluarkan untuk pengeluar kereta lain, sejak ia mula menggunakan ujian yang tidak diluluskan pada 2010.

Lebih daripada dua juta kereta, kesemuanya dijual di Jepun, terjejas, katanya. – AFP