Ibu tiri, adik angkat Osama maut

Ibu tiri, adik angkat Osama maut

LONDON, 2 Ogos (AFP) – Ibu tiri, adik angkat dan abang ipar kepada ketua rangkaian al-Qaeda, Osama bin Laden adalah di antara empat orang yang terbunuh apabila pesawat peribadi dinaiki mereka terbabas ketika mendarat di sebuah lapangan terbang di luar London, kelmarin.

Portal Mail Online memetik kenyataan NBC News melaporkan, ibu tiri Osama, Rajaa Hashim bersama anak dan suaminya iaitu Sana bin Laden dan Zuhair Hashim terkorban selepas pesawat terbabas daripada landasan lalu merempuh di sebuah kawasan penjualan kereta.

“Juruterbang dan tiga penumpang terkorban ketika pesawat tersebut cuba mendarat di Lapangan Terbang Blackbushe, Hampshir,” jelas polis. Sumber melaporkan, tiada orang awam cedera dalam nahas berkenaan. Juruterbang yang bertanggungjawab memandu pesawat jenis Embraer Phenom 300 itu dilaporkan berasal dari Jordan, namun identiti sebenarnya masih belum diketahui.

ARTIKEL YANG SAMA