Ibu tunggal dipenjara

Ibu tunggal dipenjara

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 April – Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret, semalam, selepas mengaku bersalah mengambil dadah pada 2014.

Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman memutuskan hukuman itu ke atas Norlizawati binti Ahmad, 33, yang didapati melakukan kesalahan itu buat kali kedua.

Fakta kes menyebut, defendan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah diberkas oleh pegawai pencegah Biro Kawalan Narkotik yang membuat serbuan di sebuah rumah di Rancangan Perumahan Negara Kampung Meragang pada 22 Julai 2014.

pg06_160404_mahkamah logo2

Sampel air kencing yang diambil daripada defendan selepas dianalisa didapati mengandungi Methylamphetamine.

Majistret Azrimah memerintahkan defendan untuk menjalani hukumannya serta merta.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Narkotik, Norizanullah binti Haji Awang Jaya.