ICANN cadangan keluar pengawasan AS

ICANN cadangan keluar pengawasan AS

SAN FRANCISCO, 4 Ogos (AFP) – Penyelia-penyelia internet semalam mengeluarkan cadangan yang begitu dijangkakan untuk keluar daripada pengawasan Amerika Syarikat.

Di bawah rancangan itu, Perbadanan Internet bukan untung bagi Nama-Nama dan Nombor-Nombor yang ditetapkan (ICANN) akan mewujudkan entiti sah berasingan yang akan diberi kontrak untuk mengendali fungsi-fungsi teknikal penting sistem alamat dalam talian.

“Jawatankuasa Tetap Pelanggan” akan memantau prestasi apa yang pada asasnya anak syarikat ICANN dan proses mengkaji yang melibatkan pemegang saham akan diwujudkan.

ICANN akan terus beribu pejabat di Selatan California dan kebanyakan struktur besar atau perubahan operasi kepada asas sistem alamat Internet, akan memerlukan kelulusan lembaga pengarah pertubuhan bukan untung.

Cadangan 199 muka surat itu dihantar ke dalam talian pada icann.org. yang mana satu catatan mengatakan bahawa tempoh ulasan awam akan berakhir pada 8 September.

Presiden ICANN Fadi Chehade bulan lalu berkata penghujung peranan AS kini di tetapkan pada pertengahan 2016, dengan peralihan diundurkan setahun untuk membolehkan masa bagi pemasukan dari komuniti Internet dan kajian oleh kerajaan AS dan Kongres.

ICANN akan menjadi entiti bebas tanpa pengawasan kerajaan AS bagi sistem domain dan alamat Internet, menurut Chehade, dengan menegaskan bahawa peralihan mungkin mengambil tempat antara Julai dan September 2016.

“Kami akan seterusnya memberi kuasa kepada komuniti untuk memastikan kebertanggungjawaban ICANN sebagai sebuah institusi,” Chehade berkata dalam satu temu bual dengan AFP di Washington.“Dengan menjadikan ini bebas dan berkecuali kita menambah hayat model ini.”

Chechade berkata kerajaan-kerajaan di seluruh dunia nampaknya berubah fikiran untuk menerima model “pelbagai pemegang saham” yang sedia ada yang membolehkan semua kumpulan pengguna Internet dan pihak-pihak berminat untuk terlibat sama, dan bukannya model “pelbagai hala” yang diterajui kerajaan-kerajaan.

ARTIKEL YANG SAMA