ICBC buka pusat perniagaan di Houston

HOUSTON, 11 Okt – Bank Perindustrian dan Perdagangan China (USA) kelmarin membuka pusat perniagaan di bandar Amerika Syarikat (AS), yang merupakan bank pertama di selatan Amerika Syarikat.

Cawangan baru itu akan beroperasi di Houston, serta tempat-tempat lain di seluruh AS, kata Naib Presiden Eksekutif Senior ICBC Hao Hu pada majlis perasmian.

“ICBC merancang untuk meluaskan lagi perkhidmatan kami dan meningkatkan kerjasama dengan institusi kewangan tempatan,” kata Hu, sambil menambah bank itu bertujuan untuk membawa perkhidmatan kewangan komprehensif dan berkualiti tinggi kepada pelanggan korporat dan individu.

Datuk Bandar Houston Sylvester Turner berkata pada masa yang sama ICBC berfungsi untuk menghubungkan pasaran Texas dengan China dan meningkatkan kerjasama antara institusi kewangan Houston dan China.

Naib Presiden Eksekutif ICBC, Hao Hu bercakap pada majlis perasmian pusat perniagaan di Houston, Amerika Syarikat pada 10 Oktober 2017. – Xinhua

Konsul Jeneral China Li Qiangmin menyeru masyarakat perniagaan China dan AS untuk terus memainkan peranan aktif dan positif dalam hubungan dua hala.

“Saya berharap China akan bekerjasama dengan pihak AS untuk bersama-sama menggalakkan kemajuan yang lebih baik dalam hubungan ekonomi dan perdagangan China-Amerika dan membuka prospek yang lebih besar untuk kerjasama antara kedua-dua negara,” kata Li.

ICBC telah menubuhkan institusi di 44 negara dan wilayah. Di AS sahaja, ia telah membuka pejabat di New York, San Francisco, Los Angeles dan Seattle. – Xinhua