ICC buka kes penyerang Timbuktu

ICC buka kes penyerang Timbuktu

THE HAGUE, 19 Ogos – Satu kes yang tidak pernah berlaku sebelum ini dibuka di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Isnin apabila pengganas warga Mali dikatakan bersedia untuk mengaku bersalah melakukan jenayah perang dengan memusnahkan tapak warisan dunia UNESCO Timbuktu.

Kira-kira 55 tapak warisan di seluruh dunia termasuk Lembah Bamiyan di mana Taliban meletupkan patung purba gergasi Buddha pada 2001 dan Palmyra di Syria dirosakkan oleh kumpulan Negara Islam dalam tempoh dua tahun lalu, kekal dalam senarai terancam UNESCO.

Dan pakar-pakar berharap perbicaraan dan hukuman Ahmad al-FAQi al-Mahdi untuk serangan 2012 di Timbuktu akan menghantar mesej bahawa kemusnahan budaya tidak akan terlepas daripada hukuman.

Ahmad Faqi Al Mahdi (kiri) dalam gambar fail 30 September 2015 ketika dibicarakan di ICC, The Hague. – AFP
Ahmad Faqi Al Mahdi (kiri) dalam gambar fail 30 September 2015 ketika dibicarakan di ICC, The Hague. – AFP

Selepas ditangkap dari pinggir Sahara dan dibawa ke mahkamah di The Hague, semua mata tertumpu kepada al-Mahdi yang tidak diketahui oleh dunia luar sehingga kini.

Beliau dituduh melakukan jenayah perang daripada ” sengaja mengarahkan serangan ” terhadap sembilan makam terkenal Timbuktu dan juga Masjid Sidi Yahia di antara 30 Jun dan 11 Julai 2012. Al-Mahdi dijangka akan menjadi orang pertama mengakui kesalahannya di tribunal dan juga pengganas pertama menghadapi tuduhan melakukan jenayah perang memusnahkan warisan budaya.

“Kemusnahan warisan budaya telah menjadi taktik peperangan untuk menyebarkan ketakutan dan kebencian dalam konflik moden,” kata Pengarah UNESCO Irina Bokovo menulis dalam majalah dalam talian International Criminal Justice Today. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA