Iceland ambil semangat Wales jumpa Perancis

Iceland ambil semangat Wales jumpa Perancis

PARIS, 3 Julai – Kapten Iceland, Aron Gunnarsson, berkata pasukannya akan mengambil inspirasi daripada rakan pasukan bukan pilihan, Wales apabila turun berdepan Perancis pada pertemuan suku akhir saingan Euro 2016 di sini, awal pagi esok, waktu Malaysia.

Iceland dengan penduduk hanya 330,000 menampilkan beberapa siri persembahan menakjubkan untuk mara ke suku akhir, termasuk kemenangan 2-1 ke atas England pada pusingan kedua.

Wales yang juga tampil buat kali pertama dalam kejohanan Eropah, melakar kejutan apabila menewaskan Belgium 3-1 untuk mara ke separuh akhir.

Ditanya sama ada prestasi mereka diilhamkan penduduk Iceland, Gunnarsson berkata: “Ya, sudah tentu.

Kami bukan pasukan pilihan untuk mara sejauh itu. Ia adalah adalah satu keseronokan untuk ditonton.

“Saya rasa Wales satu pasukan yang disegani. Mereka memiliki skuad pemain terbaik dan mereka menunjukkan sikap yang baik selain keinginan untuk memenangi perlawanan. Saya fikir kami pasti boleh belajar daripada mereka.”

Gunnarsson yang bermain bersama kelabnya di Wales, Cardiff City, menambah: “Jika anda tidak percaya (kami boleh menang Euro 2016) kami tidak akan berada di sini, ia adalah jawapan yang mudah.

“Dalam pasukan ini, kami sudah be-kerja keras untuk mendapatkan tempat di mana kami berada sekarang dan kami akan terus berjuang.” – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA