Iceland manfaatkan status bukan pilihan

Iceland manfaatkan status bukan pilihan

ANNECY, Perancis, 29 Jun (AFP) – Pemusnah pasukan England, Iceland berharap untuk memanfaatkan status bukan pilihan mereka untuk memberikan tekanan psikologi terhadap pasukan tuan rumah Euro 2016 Perancis dalam perlawanan suku akhir Isnin depan (waktu Brunei).

“Tekanan sentiasa tinggi di pihak England – itu adalah perlawanan mereka yang untuk tidak tewas,” kata Heimir Halgrimsson, yang berperanan sebagai jurulatih bersama dengan Lars Lagerback yang juga merupakan seorang doktor gigi.

“Ia begitu sama apabila melawan Perancis,” tambahnya.

Selepas memberikan salah satu kejutan besar di arena bola sepak dengan kemenangan 2-1 mereka ke atas England, impian Iceland kini membawa mereka ke stadium Stade de France.

Hallgrimsson telah menggambarkan kemenangan mereka dalam penampilan pertama Iceland di kejohanan utama sebagai ‘pengubah kehidupan’ dan mengatakan anak-anak didiknya akan bergerak ke Paris dengan semangat yang sama.

Kedua-dua jurulatih Iceland ketika sesi sidang media menjelang perlawanan menentang Perancis. – AFP
Kedua-dua jurulatih Iceland ketika sesi sidang media menjelang perlawanan menentang Perancis. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Halgrimsson berharap tekanan pada pasukan Didier Deschamps untuk menewaskan Iceland yang lebih lemah akan bermain di tangannya sekali lagi.

“Apabila anda boleh pergi ke setiap perlawanan sebegitu, anda hanya perlu menunjukkan apa yang anda mampu lakukan, relaks dan menikmati melakukan apa yang terbaik.

“Kami tidak mempunyai tekanan dunia terhadap kami yang kami perlukan untuk memenangi setiap perlawanan.

“Dunia tidak akan gila jika kami tidak menewaskan Perancis, yang sememangnya kami mahu lakukan, jadi ia satu kelebihan buat kami.”

Demam Euro 2016 telah mencengkam negara kecil Nordic itu dan sebahagian besar negara berpenduduk 330,000 itu berada di Perancis untuk menyokong mereka.

Jurulatih-jurulatih bersama Iceland kini dalam ketenangan minda.

Terdapat begitu banyak riang ketawa pada sesi sidang media hari ini, yang dibuka dengan pertanyaan lucu Hallgrimsson kepada seorang wartawan Sweden mengenai peluang Iceland terhadap Perancis.

“Ia sering satu kelebihan untuk menjadi bukan pilihan,” kata Lagerback.

“Perancis mempunyai harapan yang menggunung terhadap mereka.

“Seperti mana apabila menentang England, (bagi mereka) jika kamu tidak boleh menewaskan Iceland, maka kamu tidak bagus.”

Setelah menyaksikan kemenangan Leicester City musim lepas di saingan Liga Perdana Inggeris, Halgrimsson berkata skuad Iceland juga mendapat manfaat dari bermain tanpa tekanan harapan kepada mereka.

“Saya begitu ingin ia berakhir seperti mana apa yang berlaku terhadap Leicester City, jika anda ingin membincangkan mengenai mereka,” katanya.

“Mereka bermain dengan kekuatan mereka dan itulah yang kami cuba lakukan. Terdapat semangat berpasukan yang sama. Mungkin hanya para pemain mempunyai kualiti individu yang berbeza.

“Jika anda membandingkan Perancis dengan kami, kebanyakan pemain-pemain mereka bermain di persada bola sepak berprestij sementara hanya segelintir sahaja pemain kami sedemikian.”

Lager akan mengundur diri selepas Euro 2016, dengan Hallgrimsson akan menjadi ketua jurulatih, dan pasangan itu begitu menikmati kejayaan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA