Iceland masih membayangi rentak England

Iceland masih membayangi rentak England

LONDON, 6 Sept – Kenangan pahit tewas kepada Iceland pada Euro 2016 menyumbang kepada rasa gementar England pada aksi kemenangan pembukaan kelayakan Piala Dunia di Slovakia, menurut pengurus baru Sam Allardyce.

England memerlukan 95 minit untuk merobek gawang Slovakia melalui midfield Liverpool Adam Lallana untuk menjamin kemenangan 1-0 ke atas 10 pemain Slovakia di Trnava dalam perlawanan pertama Allardyce, Ahad lalu.

Ia adalah perlawanan pertama sejak trauma tewas 2-1 kepada Iceland di Perancis Jun lalu, dan Allardyce mengekalkan kebanyakan pemain, beliau mengakui pemainnya juga berfikiran sama.

“Saya fikir mereka agak gugup,” Allardyce kepada pemberita di Trnava sebelum kembali ke England.

“Saya fikir saya melihat sedikit rasa gementar dan ia kembali menghantui fikiran mereka. Mereka telah bercuti, menikmati pra-musim, kemudian turun untuk aksi pertama selepas Iceland dan mungkin terdapat sedikit ketegangan.”

Slovakia tidak menimbulkan ancaman serangan di City Arena sehinggalah kapten mereka Martin Skrtel dibuang padang pada minit ke-57 dan England mula bertindak garang.

“Saya rasa ia berpunca daripada penguasaan demi untuk pembukaan 45 minit berbanding cuba untuk memecahkan benteng lawan,” kata Allardyce.

“Jadi itu menjadi sedikit bawah sedar (takut) tidak mahu hilang penguasaan. Tetapi kami perlu berani dan mendapatkan bola dengan kualiti menyerang, mendapatkan posisi yang baik dan membenam mereka sepantas mungkin.”

Walaupun keputusan Iceland mempengaruhi rentak England sehingga mendorong Roy Hodgson meletak jawatan, Allardyce berkata pemainnya gembira dan tidak luntur semangat. – AFP