Iceland menamakan PM baru

Iceland menamakan PM baru

REYKJAVIK, 7 April (AFP) – Kerajaan sayap kanan Iceland hari ini melantik perdana menteri baru dan berkata ia akan mengadakan pilihan raya awal pada musim luruh selepas perdana menteri sebelumnya terpaksa meletak jawatan ekoran pembabitannya dalam skandal Panama Papers.

Dua rakan campuran, Parti Progresif dan Parti Kebebasan, bersetuju selepas rundingan lewat semalam untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada menteri pertanian Sigurdur Ingi Johannsson, 53 tahun dari parti Progresif.

Dia menggantikan Sigmundur David Gunnlaugsson, 41 tahun, yang meletak jawatan semalam di tengah bantahan awam besar-besaran berhubung akaun luar pesisir yang telah didedahkan dalam dokumen yang digelar Panama Papers membocorkan dokumen kewangan 11.5 juta.

“Kami menjangka mengadakan pilihan raya pada musim gugur ini,” Johannsson memberitahu para pemberita, dengan menegaskan parti campuran itu yang berkuasa sejak tahun 2013, akan terus mentadbir hal ehwal negara di sebalik ribuan pembantah yang menggesa pengunduran keseluruhan kerajaan.

Sigurdur Ingi Johannsson (kiri) dari Parti Progressive dan Bjarni Benediktsson (kanan) menteri kewangan dari ahli-ahli Parti Kebebasan mengadakan sidang media selepas mesyuarat Althing, di Reykjavik, Iceland, Rabu lalu. – AFP
Sigurdur Ingi Johannsson (kiri) dari Parti Progressive dan Bjarni Benediktsson (kanan) menteri kewangan dari ahli-ahli Parti Kebebasan mengadakan sidang media selepas mesyuarat Althing, di Reykjavik, Iceland, Rabu lalu. – AFP

“Kami akan meneruskan kerja kami bersama-sama. Kami sudah tentu berharap ini akan membantu mewujudkan kestabilan dalam sistem politik,” ujarnya. Presiden Olafur Ragnar Grimsson yang pada usia 72 tahun dijangka bersara pada Jun selepas lima penggal dan 20 tahun dalam kepimpinan, dijangka meluluskan perlantikan Johannsson.

Pilihan raya undangan Iceland seterusnya pada awalnya dijadualkan pada April 2017. Gunnlaugsson, yang masih menjadi ketua Parti Progresif buat sementara waktu, adalah mangsa politik pertama yang muncul dari pembocoran berjuta-juta dokumen yang membutirkan akaun luar pesisir yang dipegang oleh pemimpin-pemimpin dan selebriti dunia.

Dua orang lagi menteri kabinet Iceland telah disebutkan dalam pembocoran itu – Menteri Kewangan Bjarni Benediktsson dan Menteri Dalam Negeri Olof Nordal – dan parti campuran ingin melengah-lengahkan masa untuk mengelak apa yang pastinya undian bantahan hebat jika pilihan raya awam diadakan kelak.