Iceland satu pasukan berbakat besar

Iceland satu pasukan berbakat besar

UEFA-Euro-2016-Logo

PARIS, 22 Jun (AP) – Meskipun dibarisi dengan barisan pemain yang kurang terkenal, kemunculan Iceland sebagai pasukan bukan pilihan kekal menjadi cerita terbaik di Euro 2016.

Muncul sebagai negara terkecil yang bertanding di Kejohanan Eropah, bagaimanapun Iceland memiliki sebuah skuad yang berbakat besar di sebalik tanggapan awal kehadiran mereka hanya sebagai pasukan pelengkap.

Malah, terdapat kepercayaan tinggi betapa skuad yang menghuni ranking ke-34 dunia itu mampu terus ‘menginap’ lebih lama di Perancis dengan melepasi halangan peringkat kumpulan.

Selepas terikat dengan skuad Portugal yang diketuai Cristiano Ronaldo dan kemudian Hungary pula, Iceland sedar keputusan seri ketiga menentang Austria di Stade de France, lewat malam ini akan mengesahkan tempat mereka ke pusingan 16 terakhir.

Ia bukannya pencapaian buruk untuk sebuah negara yang mempunyai populasi penduduk sekecil 330,000 dalam penampilan pertama di pentas major.

“Ia pengalaman yang hebat, jelas sekali, memenuhi jangkaan yang kami impikan,” kata kapten Iceland, Aron Gunnarsson, awal pagi tadi.

“Kami berusaha keras untuk mencapai di mana kami berada ketika ini.

“Ia bermula ketika kami masih muda untuk sampai ke sini. Dan sekarang kami berada di sini tetapi ia belum cukup di mata kami, kami mahu layak dan mara sejauh mungkin. Kami mahu kekal.”

ARTIKEL YANG SAMA