Icho diiktiraf legenda sukan gusti wanita

Icho diiktiraf legenda sukan gusti wanita

RIO DE JANEIRO, 18 Ogos – Kaori Icho memahat namanya dalam sejarah Olimpik ketika Jepun menyapu bersih semua tiga pingat emas acara gusti wanita yang ditawarkan di Rio, semalam.

Icho muncul atlet wanita pertama memenangi empat pingat emas acara individu selepas melengkapkan rentak kemenangan itu dengan menewaskan wakil Russia, Valeriia Koblova Zholobova dalam acara gaya bebas 58 kilogram.

Icho kini berada sebaris bersama lima atlet lelaki yang melakar kejayaan meraih pingat emas bagi acara sama dalam empat Olimpik berturut-turut – perenang legenda Michael Phelps, Carl Lewis dan Al Oerter (olahraga).

pg24_160819_olympic logo

Kaori Icho meraikan kemenangannya diatas podium selepas memenangi dalam acara gaya bebas 58kg gusti wanita di Arena Carioca 2 di Rio de Janeiro. – AFP
Kaori Icho meraikan kemenangannya diatas podium selepas memenangi dalam acara gaya bebas 58kg gusti wanita di Arena Carioca 2 di Rio de Janeiro. – AFP

Atlet pelayaran, Ben Ainslie dan Paul Elvstrom juga merakam pencapaian sama, cuma ia dalam kelas berbeza.

Juara dunia 10 kali, Icho memungut mata pada hujung perlawanan untuk mengatasi pencabar berusia 23 tahun dari Russia itu.

“Lawan saya cuba melakukan bentesan kaki (pada penghujung aksi) jadi saya fikir ia adalah peluang terakhir untuk saya mengutip skor,” katanya. “Saya gembira ia berjalan seperti dirancang.” – AFP