Ideal rai pelajar Pusat Ehsan

Ideal rai pelajar Pusat Ehsan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Lebih 100 orang pelajar istimewa Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam serta keluarga dan kakitangan pusat berkenaan berpeluang untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan menikmati pelbagai juadah berbuka puasa di majlis bersungkai yang dianjurkan oleh Ideal Cafe and Grill yang berlangsung di kafe berkenaan, di sini baru-baru ini.

Majlis yang dihasratkan bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan kekeluargaan di antara pelajar-pelajar istimewa dan kakitangan pusat itu, tetapi ia memberikan peluang bagi para pelajar untuk membiasakan diri mereka berinteraksi dengan ahli masyarakat.

Majlis itu turut memberikan peluang kepada kakitangan kafe berkenaan untuk beramah mesra dan berkenalan dengan para pelajar istimewa serta ahli keluarga mereka sambil beramal.

Selain menikmati pelbagai hidangan juadah yang lazat, para pelajar turut menerima sampul hijau dan cenderahati sebagai persediaan mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Pemangku Ketua Pentadbiran Pusat Ehsan, Dayang Nurul Huda binti Haji Muhin, menyatakan penghargaan kepada kafe berkenaan yang terus memberikan sokongan dan menyumbangkan derma kepada pusat berkenaan.

Menurutnya lagi, Ideal terus menyumbangkan bekalan ayam segar, telur dan sosej mingguan kepada Pusat Ehsan sejak bertahun-tahun dan sumbangan itu amat dihargai oleh para pelajar dan semua warga pusat berkenaan.

ATAS & BAWAH: Para pelajar istimewa, keluarga dan kakitangan Pusat Ehsan menikmati acara ber-sungkai bersama-sama.
ATAS & BAWAH: Para pelajar istimewa, keluarga dan kakitangan Pusat Ehsan menikmati acara ber-sungkai bersama-sama.

p10-2_20160704

ATAS & BAWAH: Para pelajar menerima sampul hijau dan cenderahati pada majlis berkenaan.
ATAS & BAWAH: Para pelajar menerima sampul hijau dan cenderahati pada majlis berkenaan.

p10-4_20160704

ARTIKEL YANG SAMA