Identiti tentera perang 1982 terungkai

BUENOS AIRES, 6 Dis – Kajian forensik telah mengenal pasti jasad bagi 88 tentera Argentina yang dikebumikan di tanah perkuburan Pulau Falklands selepas peperangan menentang Britain pada 1982, telah didedahkan kepada sebahagian ahli keluarga tentera yang terbunuh itu, semalam.

Argentina telah kalah dalam peperangan itu selepas tentera dari negara Amerika Selatan berjaya menawan kepulauan yang diduduki oleh British itu. Kedua-dua negara telah mencapai persetujuan pada tahun lepas bagi pengenalpastian jasad-jasad tentera itu.

Keputusan laporan, yang diketuai oleh Komiti Antarabangsa Palang Merah, telah mendedahkan kepada lapan kaum keluarga di ibu pejabat sekretariat bagi hak asasi kemanusiaan di Argentina.

Ibu kepada tentera yang terbunuh Macedonia Rodriguez, Maria Ines Romero bergerak meninggalkan Arkib Kenangan Kebangsaan, ditemani anaknya Eulogia Rodriguez, selepas mengenal pasti bahawa anaknya itu telah dikebumikan di sebuah tanah perkuburan, di Buenos Aires, Argentina. – AP

Eulogia Rodriguez, kakak kepada tentera yang bernama Macedonia Rodriguez, mengatakan penemuan itu telah mengakhiri penantian selama tiga dekad, dengan mengesahkan abangnya itu telah dikebumikan di tanah perkuburan Darwin di pulau itu yang dipanggil oleh penduduk Argentina sebagai Malvinas. “Sekarang kami telah maklum dengan nama dan nama akhirnya yang abang kami telah dikebumikan di sana,” beritahunya kepada The Associated Press. “Keputusan ini adalah sebagai memenuhi kewajipan negara Argentina terhadap tentera yang telah terbunuh semasa peperangan di Malvinas. Dan jelasnya, saya mengucapkan terima kasih dengan rasa muhibah kepada kerajaan UK kerana membenarkan pengenalpastian ini dijalankan.”

Pasukan Palang Merah mengatakan, proses pengenalpastian terhadap 121 kubur telah berjaya sepenuhnya, akan tetapi mereka belum dapat memastikan apa yang akan berlaku terhadap jasad-jasad yang belum dapat dikenal pasti. Pasukan multinasional itu yang terdiri daripada 14 orang pakar telah menggali, menganalisis, membuat pensampelan dan menghimpunkan catatan bagi jasad-jasad berkenaan pada 20 Jun hingga 7 Ogos lepas. Jasad-jasad tersebut diambil daripada kubur-kubur mereka dengan catatan tulisan, “Tentera Argentina hanya diketahui oleh Tuhan.”

Sampel-sampel tersebut dianalisis dan dibandingkan dengan sampel DNA yang diambil daripada Ahli keluarga tentera yang terbunuh itu dalam sebuah makmal di Argentina. – AP