IET lantik ahli jawatankuasa baru

IET lantik ahli jawatankuasa baru

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Okt – Pertubuhan Institusi Kejuruteraan dan Teknologi (IET) Brunei Darussalam, hari ini, menyaksikan pelantikan ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2015-2016 semasa mesyuarat tahunan IET ke-18 yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

Pada mesyuarat itu, Pengerusi IET Brunei, Simon Leong Kian Ann telah mengongsikan perkembangan terkini usaha IET Brunei dalam mengembangkan aktiviti persatuan tersebut.

Beliau turut memberitahu bahawa ahli pertubuhan itu telah meningkat seramai 224 pada tahun ini berbanding seramai 156 pada tahun 2014.

Dalam pada itu, beliau menyentuh mengenai misi IET untuk membangunkan rangkaian pengetahuan terbuka, fleksibel dan tanpa had dengan sokongan individu, syarikat dan institusi serta bantuan IET dan ahli-ahlinya.

Simon Leong Kian Ann ketika mengongsikan perkembangan terkini usaha IET Brunei dalam mengembangkan aktiviti persatuan tersebut.
Simon Leong Kian Ann ketika mengongsikan perkembangan terkini usaha IET Brunei dalam mengembangkan aktiviti persatuan tersebut.

Mesyuarat berkenaan turut mendengarkan laporan bendahara, pelantikan ahli-ahli jawatankuasa bagi aktiviti-aktiviti IET di Negara Brunei Darussalam serta taklimat teknikal bertajuk ‘Projek Ekonomi’ yang disampaikan oleh Dr. William Voon selaku bekas pengerusi IET.

Untuk menjadi ahli IET, individu harus mempunyai latar belakang kejuruteraan teknikal dan jika berminat, bolehlah menghantar e-mel kepada hon.sec@theiet.org.bn untuk sebarang pertanyaan lanjut.

ARTIKEL YANG SAMA