IFDC perkenal program fesyen Islam

IFDC perkenal program fesyen Islam

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) – Majlis Reka Bentuk dan Fesyen Islam (IFDC) kini bekerjasama dengan sekolah-sekolah fesyen di seluruh dunia bagi memperkenal program fesyen sederhana untuk industri fesyen Islam.

IFDC merupakan antara majlis ciptaan dan fesyen Islam utama di dunia. Pengasas dan Pengerusinya Alia Khan berkata majlis itu mahu mendidik pereka antarabansga mengenai garis panudan sederhana fesyen Islam, yang kini semakin mendapat perhatian, bukan sahaja daripada pencipta Islam, malah mereka yang mahu mengayakan pakaian yang sederhana.

Beliau berkata fesyen Islam hari ini bukan sekadar berpakaian abaya – jubah seperti yang dipakai oleh wanita di Timur Tengah, malah pilihan lain seperti baju maxi, seluar longgar, kaftan dan skirt.

“Terdapat permintaan tinggi dalam industri itu daripada wanita yang mahu berpakaian secara sederhana, dan pada masa yang sama mengikuti trend terkini sambil mematuhi lunas Islam. Inilah antara sebab kami di sini,” katanya kepada Bernama.

Menurut Alia, IFDC telah melancarkan iFash di Esmod Dubai untuk pelajar yang mahu mempelajari cabaran, selok-belok dan tarikan busana Islam.

Esmod ialah cawangan sekolah fesyen Perancis di Emiriah Arab Bersatu.

Beliau berkata majlis itu sedang berunding dengan sekolah-sekolah lain yang berminat memperkenal program yang sama.

Dilaporkan bahawa perbelanjaan pengguna Islam ke atas pakaian/sektor fesyen akan meningkat kepada AS$322 bilion menjelang 2018 berbanding kira-kira AS$224 bilion pada 2012.

Hari ini, bukan sahaja pereka Islam bangun untuk memenuhi kehendak umat Islam, malah pereka besar juga mencuba nasib mereka untuk mempromosi busana sederhana masing-masing.

Nama-nama besar terbabit termasuk DKNY, Tommy Hilfiger dan Mango. IFDC ditubuhkan tahun lepas di New York dan beroperasi di Itali, Afrika Selatan, Perancis, dan Dubai.

ARTIKEL YANG SAMA