Iflix-PLDT jalin usaha sama di Filipina

Iflix-PLDT jalin usaha sama di Filipina

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) – iflix, perkhidmatan TV Internet terkemuka di Asia Tenggara, bekerjasama dengan Philippine Long Distance Telephone Co (PLDT) bagi menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia iflix untuk pelanggan PLDT di Filipina.

Menerusi perjanjian itu, langganan jalur lebar bagi produk mewah HOME PLDT kini meliputi langganan bulanan tanpa caj tambahan.

“Iflix juga akan ditawarkan kepada semua HOME PLDT dan platform Smart sebagai perkhidmatan bernilai tambah pada harga eksklusif untuk pelanggan PLDT.

“Sebagai bonus tambahan, data yang digunakan untuk menstrim kandungan iflix tidak akan dikira dalam PLDT HOME dan had data pelanggan Smart”, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Setelah dilancarkan di Malaysia dan Filipina baru-baru ini, iflix akan menawarkan perkhidmatan bertaraf dunianya ke pasaran utama di Asia Tenggara, termasuk Thailand, Indonesia dan Vietnam di sepanjang 2015.

Ia menawarkan kepada pengguna lebih daripada 11,000 jam rancangan dan filem terkemuka tempatan, serantau dan Amerika Syarikat.

Setiap langganan akan membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan lima peranti yang dibolehkan Internet seperti telefon mudah alih, tablet, komputer, atau set televisyen, untuk tontonan mana-mana sahaja, bila-bila masa.

ARTIKEL YANG SAMA