iflix tawar akses TV Internet murah

iflix tawar akses TV Internet murah

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Sept – Peneraju perkhidmatan TV Internet untuk pasaran membangun, iflix yang menawarkan para pengguna akses kepada ribuan rancangan TV dan filem terbaik kini berada di pasaran Brunei.

Syarikat tersebut dalam satu kenyataan di sini berkata, para pengguna boleh mendaftar untuk percubaan percuma selama 30 hari menerusi laman web iflix bagi kemudahan tidak terhad kepada beribu-ribu rancangan TV dan filem terbaik di dunia serta banyak lagi di setiap peranti yang mereka miliki, tanpa memerlukan kad kredit dan tanpa berhutang.

Ia berkata, setiap langganan adalah termasuk akses kepada iflix sehingga lima jenis peranti sekali gus, termasuk telefon, tablet, komputer riba, komputer meja, TV dan peranti bersambung lain.

Pelanggan juga boleh memuat turun rancangan TV dan filem kepada mana-mana telefon, tablet atau peranti untuk ditonton di luar talian, apabila tidak disambungkan kepada Internet selain dapat berkongsi langganan iflix mereka bersama keluarga atau kawan dan menonton rancangan di dua peranti berlainan pada masa yang sama.

Menurut Pengasas Bersama Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif iflix, Mark Britt, sejak beberapa bulan lalu, pihaknya telah menerima permintaan yang luar biasa untuk memperkenalkan perkhidmatan iflix di Brunei.

“Kami berasa gembira untuk berkongsi bahawa mulai sekarang, penggemar TV di Brunei kini boleh mempunyai kemasukan tidak terhad kepada perkhidmatan kelas dunia iflix dan koleksi beribu-ribu rancangan TV, filem terkenal dan banyak lagi dengan harga yang murah,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA