Iftar bersama belia

Iftar bersama belia

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Julai – Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, semalam, telah mengadakan Majlis Iftar Bersama Belia di Dewan Riadah, Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah, selaku tetamu kehormat.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan zikir, selawat dan qasidah oleh Kelab Khidmat dan Qasidah Pusat Belia.

Acara turut diisi dengan ceramah khas bertajuk ‘Belia dan Ramadan’ yang disampaikan oleh Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak dari Pusat Dakwah Islamiah dan disusuli dengan zikir marhaban beramai-ramai.

Yang Berhormat Pehin Haji Hazair ketika menghadiri Majlis Iftar Bersama Belia di Dewan Riadah, Pusat Belia, kelmarin.
Yang Berhormat Pehin Haji Hazair ketika menghadiri Majlis Iftar Bersama Belia di Dewan Riadah, Pusat Belia, kelmarin.
Antara persembahan oleh belia-belia daripada persatuan belia dan sukan di keempat-empat daerah.
Antara persembahan oleh belia-belia daripada persatuan belia dan sukan di keempat-empat daerah.

Atur cara diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan sukarelawan dan penaja Program Jalinan Kasih Belia (Bulan Ramadan) yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Seramai 1,000 orang peserta belia daripada persatuan-persatuan belia dan sukan di keempat-empat daerah, sukarelawan belia, bekas peserta Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Alumni Program Khidmat Bakti Negara hadir pada majlis tersebut.

Penganjuran majlis seumpama ini diharap akan dapat meningkatkan lagi penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan yang sudah setentunya berupaya menjadi benteng buat generasi belia dalam menghadapi
cabaran-cabaran yang mendatang di samping dapat meningkatkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan orang yang dipimpin iaitu para belia.

ARTIKEL YANG SAMA