IGS adakan kunjungan kerja ke UMS

IGS adakan kunjungan kerja ke UMS

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Rombongan Kolej International Graduate Studies (IGS), Brunei, telah mengadakan kunjungan kerja ke Universiti Malaysia Sabah (UMS), baru-baru ini, dalam rangka penyusunan Memorandum Perjanjian kolaborasi bagi kursus pensijilan dan diploma untuk dua kursus baru iaitu, Program Electronic Production:Radio & TV Broadcasting, dan Program Design & Arts di IGS.

Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak telah mengadakan mesyuarat yang juga termasuk perbincangan mengenai program kursus Kaunseling bersama Fakulti Kaunseling, Sosial dan Pendidikan UMS.Hardy AJ

Ahli Lembaga Pengarah IGS, Pengiran Haji Mohd Yamin bersama Dekan Fakulti Kaunseling UMS, Prof. Dr. Ismail Ibrahim.
Ahli Lembaga Pengarah IGS, Pengiran Haji Mohd Yamin bersama Dekan Fakulti Kaunseling UMS, Prof. Dr. Ismail Ibrahim.

ARTIKEL YANG SAMA