IHP Australia merosot 0.2 peratus

IHP Australia merosot 0.2 peratus

SYDNEY, 27 April – Indeks Harga Pengguna Australia merosot pada Januari-Mac untuk kali pertama sejak 2008 ketika krisis kewangan global, data menunjukkan hari ini, sekaligus memberikan tekanan kepada bank pusat untuk memotong kadar faedah dan menyebabkan dolar tempatan merosot.

Biro statistik berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) merosot 0.2 peratus pada suku berbanding tiga bulan sebelumnya – apabila harga telah naik 0.4 peratus – tatkala kemerosotan harga minyak dunia mengurangkan kos bahan api. Dolar Australia merosot daripada 77.66 sen kepada 76.54 sen sejurus selepas angka dikeluarkan tatkala peniaga bertaruh pada pemotongan baru dalam kadar faedah.

Bank Simpanan Australia (RBA) telahpun mengurangkan kos pinjaman kepada tahap rendah dua peratus tatkala pihak berkuasa cuba merangsang ekonomi yang sedang keluar daripada keadaan melambung perlombongan pada masa harga komoditi meleset.

Untuk tahun sehingga Mac, inflasi mencecah 1.3 peratus, jauh lebih rendah daripada kenaikan sebanyak 1.7 peratus pada tahun sehingga Disember. Ahli ekonomi senior ANZ Jo Masters berkata angka berkenaan adalah “amat lemah, dengan tajuk berita utama dan inflasi jauh di bawah jangkaan.”

RBA telah mensasarkan kadar sebanyak 2.0-3.0 peratus tetapi angka terbaru mempunyai min pada 1.7 peratus dan 1.4 peratus pada tahun sehingga Mac. Chris Weston, ketua ahli strategi pasaran di IG di Melbourne, berkata inflasi kini telah menjadi “satu masalah besar” kepada bank pusat. – AFP

Orang melintasi sebuah kedai di daerah pusat perniagaan Sydney, Kelmarin. – AFP
Orang melintasi sebuah kedai di daerah pusat perniagaan Sydney, Kelmarin. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA