IHPR Jun susut 1.3 peratus kepada 99.9

IHPR Jun susut 1.3 peratus kepada 99.9

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia pada Jun 2016 susut 1.3 peratus kepada 99.9 daripada 101.2 yang dicatat pada Jun 2015, menurut Jabatan Perangkaan hari ini.

Menurut kenyataan jabatan itu, penurunan tertinggi dicatatkan oleh indeks perlombongan (-9.6 peratus) diikuti pembuatan (-1.7 peratus) serta bekalan elektrik dan gas (-1.1 peratus)).

Sementara itu, indeks bagi pertanian, perhutanan dan perikanan; serta bekalan air masing-masing naik 12 peratus dan 3.4 peratus.

IHPR pengeluaran tempatan naik 0.4 peratus pada Jun 2016 berbanding Mei 2016, menurut jabatan itu.

Ini didorong kenaikan dalam indeks bekalan elektrik dan gas (+2.2 peratus), bekalan air (+0.6 peratus), perlombongan (+0.5 peratus) dan pembuatan (+0.4 peratus).

Indeks bagi pertanian, perhutanan dan perikanan mencatatkan penurunan sebanyak 0.9 peratus.

IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan naik 0.4 peratus pada Jun 2016 berbanding bulan sebelumnya disebabkan kenaikan bahan mentah untuk diproses selanjutnya (+2.7 peratus), menurut Jabatan Perangkaan.

Sementara itu, bahan perantaraan, bekalan dan komponen menyusut (-0.3 peratus), manakala, barang siap kekal tidak berubah. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA