IHS PAPRSB serah sumbangan kepada ABLE

IHS PAPRSB serah sumbangan kepada ABLE

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Majlis Pelajar Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (IHS PAPRSB), baru-baru ini, telah menyerahkan sumbangan berjumlah $1,223 kepada ABLE pada majlis yang berlangsung di IHS PAPRSB.

Sumbangan tersebut yang merupakan sebahagian daripada hasil Karnival IHS 2016 telah diserahkan kepada wakil ABLE.

Karnival IHS 2016 dianjurkan oleh IHS PAPRSB untuk mengumpul dana bagi fakulti dan majlis pelajar selain menyumbangkan 50 peratus daripada hasil karnival berkenaan kepada ABLE yang merupakan persatuan baru ditubuhkan.

Sumbangan itu adalah sokongan daripada ahli-ahli majlis pelajar dan kakitangan IHS PAPRSB kepada masyarakat Sindrom Down di mana dalam karnival tersebut, ABLE juga dijemput bagi mempamerkan persatuan mereka.

Penyerahan sumbangan kepada wakil ABLE.
Penyerahan sumbangan kepada wakil ABLE.