Ihsan Kasih DST 15 Jun ini

Ihsan Kasih DST 15 Jun ini

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Sebagai sebahagian daripada acara amal tahunan dan memeriahkan lagi sambutan ulang tahunnya yang ke-20, DST akan memulakan kempen Ihsan Kasih pada 15 Jun ini dan dijangka berakhir pada minggu pertama Julai 2015 nanti.

Sehubungan dengan itu, wartawan Media Permata berkesempatan untuk meninjau perkembangan dan persiapan yang dibuat oleh lebih 120 warga DST yang terlibat dalam program kali ini.

Lebih 120 keluarga di keempat-empat daerah akan menerima sumbangan berupa barangan keperluan dan makanan serta sumbangan daripada orang perseorangan sepanjang Ramadan ini.

Di Ibu Pejabat DST di Tungku Link, kumpulan sukarelawan DST bergotong-royong menyediakan keperluan dan barangan sumbangan yang bakal diagihkan dalam pemanduan amal yang menjadi sebahagian daripada Program Tanggungjawab Korporat dan Sosial DST yang kini memasuki tahun ke-8.

Sukarelawan DST sibuk membuat persiapan di Ibu Pejabat DST di Tungku Link.
Sukarelawan DST sibuk membuat persiapan di Ibu Pejabat DST di Tungku Link.

Pengurus Komunikasi Korporat Kumpulan DST, Awang Elixsurian bin Haji Busu menyatakan, setelah lapan kali menyertai program ini, ia merupakan pengalaman yang amat bermakna lebih-lebih lagi apabila diberikan peluang untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Selaras dengan tema ‘Tahun Untuk Memberi’ DST akan terus proaktif melalui program seperti ini untuk mengenal pasti dan membantu pihak yang memerlukan dengan kerjasama agensi yang relevan,” ujarnya.

Kempen amal ‘Ihsan Kasih Ramadan’ DST ini akan memulakan ekspedisinya di Ulu Belait pada 15 Jun 2015 diikuti ke Ulu Tutong pada 16 Jun.

ARTIKEL YANG SAMA