Ihsan Kasih Ramadan DST sudah bermula

Ihsan Kasih Ramadan DST sudah bermula

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Buat tahun ke-9 berturut-turut, DST telah melaksanakan kempen amal dinamakan sebagai Ihsan Kasih Ramadan bagi menghulurkan sumbangan kepada keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik di seluruh negara.

Kempen pada tahun ini telah pun bermula 30 Mei lalu, dengan rombongan DST menghantar sumbangan kepada keluarga-keluarga di kawasan pedalaman Belait (Melilas, Sukang dan Merangking), diikuti di Daerah Tutong (Mapol, Supon dan Bukit Sulang) pada 1 Jun lalu dan kelmarin di Daerah Temburong.

Menurut kenyataan DST, lebih 60 buah keluarga telah menerima sumbangan barangan rumah daripada DST dan 50 buah lagi keluarga dijangka menerima sumbangan berkenaan sepanjang kempen di bulan Ramadan ini.

Projek amal ini merupakan salah satu daripada empat bahagian program tanggungjawab sosial korporat DST iaitu Ihsan Kasih yang merangkumi tema untuk melakukan kebaikan daripada perasaan sayang yang termasuk aktiviti kesukarelawanan dan kempen amal bagi anak-anak yatim serta mereka yang berkeperluan khas.

Dengan kempen bermula sejurus sebelum Ramadan, ia bermatlamat untuk menggambarkan dan menunjukkan keprihatinan dengan memberi bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

pg01_160604_a

Rombongan DST menyeberangi sungai menaiki perahu untuk sampai ke rumah penerima sumbangan di Daerah Belait.
Rombongan DST menyeberangi sungai menaiki perahu untuk sampai ke rumah penerima sumbangan di Daerah Belait.
Timbalan Pengurus Besar Perkhidmatan Teknikal Kumpulan DST, Phan Teck Yin menyampaikan beg sumbangan kepada seorang penerima di Temburong.
Timbalan Pengurus Besar Perkhidmatan Teknikal Kumpulan DST, Phan Teck Yin menyampaikan beg sumbangan kepada seorang penerima di Temburong.
Pasukan DST mengunjungi salah sebuah rumah di Ulu Belait.
Pasukan DST mengunjungi salah sebuah rumah di Ulu Belait.
Seorang warga DST meniti jambatan sambil mengangkat seguni beras di salah sebuah rumah penerima.
Seorang warga DST meniti jambatan sambil mengangkat seguni beras di salah sebuah rumah penerima.

Mengulas lanjut mengenai projek itu, Pengurus Perhubungan Korporat Kumpulan, Awang Elixsurian bin Haji Busu dipetik sebagai berkata, “Sebagai sebahagian daripada program tahunan, kami akan mengunjungi keluarga sedia ada dan baru yang memerlukan barangan rumah diperlukan yang akan membantu mereka bagi makanan harian mereka; sumbangan peribadi kakitangan juga diberikan.

“Sepanjang sembilan tahun melaksanakan program amal ini, DST terus berharap untuk mengenal pasti individu dan keluarga yang memerlukan bantuan. Ia merupakan satu rahmat kami dapat membantu penerima-penerima sebelumnya dan juga bertemu penerima baru yang dapat kami sokong.”

Beliau menambah, semangat kemasyarakatan pasukan DST sentiasa ada apabila membantu orang lain.

“Kakitangan kami sentiasa bersedia untuk sukarela membantu dengan niat baik dan sanggup menerima cabaran apabila pergi ke kawasan-kawasan terpencil tanpa mengira jalan yang sukar dilalui dan memastikan barangan sampai kepada penerimanya,” ujar beliau.

Permulaan kempen di Ulu Belait telah disertai oleh warga pengurusan kanan DST. Ihsan Kasih Ramadan akan terus menyerahkan sumbangan kepada lebih banyak keluarga minggu depan ketika bulan Ramadan di keempat-empat daerah.

 

 

 

ARTIKEL YANG SAMA