Ihyaa Ramadan labuh tirai

Ihyaa Ramadan labuh tirai

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), hari ini, telah mengakhiri aktiviti keagamaan Ihyaa Ramadan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di surau kolej berkenaan.

Seramai 215 orang terdiri daripada pegawai utama, penolong pensyarah, kakitangan dan juga para pelajar KUPU SB menghadiri majlis tersebut.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Ra’es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah-surah khatam Al-Quran yang telah dipimpin Exco Kesenian dan Kebudayaan Islam, Awang Ashizal bin Zainal Abidin dan kemudian diteruskan dengan bacaan takhtim yang dipimpin oleh Exco Keagamaan dan Takmir Surau Siswa, Awang Abdul Hafizh bin Abdul Musawir, sementara itu, Doa Khatam pula telah dibacakan oleh Awang Ashizal.

Dr. Haji Adanan semasa menyempurnakan penyampaian derma anak yatim.
Dr. Haji Adanan semasa menyempurnakan penyampaian derma anak yatim.

Majlis juga telah diselajurkan dengan penyampaian derma kepada seramai 29 orang anak yatim dari KUPU SB yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Ihyaa Ramadan bertujuan untuk menghayati dan mencintai bulan suci Ramadan yang penuh dengan nikmat kerahmatan dan keampunan di samping menyemai ketakwaan dalam kalangan warga KUPU SB.

Selain itu juga, untuk mengambil iktibar perkara yang berkebajikan daripada perilaku yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W dalam bulan-bulan seterusnya dan bagi menyemarakkan lagi aktiviti keagamaan di sepanjang bulan Ramadan.

ARTIKEL YANG SAMA