IIT sambut ulang tahun ke-23

IIT sambut ulang tahun ke-23

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mac – Insurans Islam TAIB (IIT), hari ini, meraikan sambutan ulang tahun penubuhannya ke-23 Tahun dengan menyajikan hidangan kopi dan kebab di Ibu Pejabat Insurans Islam TAIB (IIT), Kiulap.

Kopi dari Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) dan kebab dari Casbah London Kebab telah diberikan kepada para pekerja dan pelanggan yang datang ke ibu pejabatnya.

Selain itu, baucar McCafe dan CBTL serta cenderahati biskut juga telah diberikan kepada pelanggan yang berurusan di kaunter perkhidmatannya, bukan sahaja di ibu pejabat malah cawangan-cawangannya di seluruh daerah.

Ia antara lain bagi mengeratkan silaturahim sesama mereka dan bersama pelanggan di samping memberikan perkhidmatan unik hanya untuk hari sambutan berkenaan.

Antara pegawai dan kakitangan yang telah lama berkhidmat di IIT bergambar ramai.
Antara pegawai dan kakitangan yang telah lama berkhidmat di IIT bergambar ramai.
Suasana di sambutan ulang tahun penubuhan IIT ke-23 yang berlangsung di ibu pejabatnya.
Suasana di sambutan ulang tahun penubuhan IIT ke-23 yang berlangsung di ibu pejabatnya.

Menurut Pegawai Pemasaran Insurans Islam TAIB, Awang Halidanhalidi bin Bundan, sambutan seumpamanya adalah yang pertama kali diadakan dan merupakan pengalaman yang unik kerana bukan sahaja disambut bersama pegawai dan kakitangan, tetapi juga bersama pelanggan yang datang. Selain itu, para pelanggan yang hadir juga telah diberikan perkhidmatan yang unik.

Selain itu, bagi memberkati sambutan ulang tahun penubuhannya, IIT juga mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Solat Sunnat Hajat pada malam hari sebelumnya yang berlangsung di lobi ibu pejabat tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA