IITFC-Jordan meterai perjanjian rangka kerja

IITFC-Jordan meterai perjanjian rangka kerja

AMMAN, 7 Sept (Agensi) – Perbadanan Kewangan Perdagangan Islam Antarabangsa (IITFC) telah menandatangani perjanjian rangka kerja dengan kerajaan Jordan semalam untuk mengimport komoditi asas seperti makanan dan minyak mentah dari negara Arab.

IITFC akan mengimport minyak mentah, bahan terbitan petroleum dan gas cecair berserta dengan komoditi asas seperti gandum, barli, gula dan beras dari Jordan, menurut kenyataan rasmi Jordan.

Perjanjian ini akan memberi manfaat kepada beberapa badan kerajaan berkaitan dalam sektor-sektor tenaga, air, perdagangan dan bekalan menerusi pinjaman fleksibel, menurut kenyataan itu lagi.

Alternatif pembiayaan akan disediakan, jika diperlukan sebagai langkah berjaga-jaga, yang mana kerajaan tidak akan dibebankan oleh sebarang komitmen atau faedah kewangan jika alternatif ini tidak digunakan, tambah kenyataan itu lagi.

Perjanjian itu telah ditandatangani bagi pihak kerajaan Jordan oleh Menteri Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa Imad Al-Fakhouri dan Pegawai Eksekutif Dr Waleed Al-Wuhaib bagi pihak IITFC.

Menurut kenyataan itu lagi IITFC telah menjadi ‘rakan strategik’ dalam menyokong pertumbuhan pembangunan di Jordan kerana ia telah menyumbang kepada ini, sejak 2008 dengan kira-kira AS$596 juta.