IITH serah ta...

IITH serah tajaan untuk Perhimpunan Khas Wanita

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jan – Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd (IITH) sebagai salah satu pengendali Takaful terkemuka di negara ini telah menyerahkan tajaan untuk Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W bagi tahun 1438H yang akan berlangsung pada 13 Rabiulakhir 1438H/11 Januari 2017M.

Majlis penyerahan tajaan yang disempurnakan oleh Ketua Perkembangan Perniagaan & Jabatan Pemasaran, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd, Haji Abdul Majid bin Haji Hidup di Ibu Pejabat IITH di Kiulap itu diterima oleh Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab dalam kapasiti beliau sebagai pengerusi bersama acara tersebut.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Wanita, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam binti Pengiran Haji Matarsat; Pengarah Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Hajah Siti Azizah binti Haji Musa dan para pegawai kanan dari KHEU dan IITH.

ARTIKEL YANG SAMA